Pages

Total Pageviews

Facebook Security Network (PHISHING)

Dibuat oleh :: Girly Sarawak on Monday, 26 September 2011


Sekarang ni musim meng'hacking' Account Facebook.  Maklumlah teknologi dah maju, iPad 2 pun dah keluar.  Hari ni admin nak bagi AMARAN kepada setiap pengguna Facebook.  Sekiranya anda mendapat mesej Facebook dan ianya dari Facebook Security Network (bukan Facebook Security yang sebenar).  Ini adalah phishing untuk mendapatkan account facebook anda.

Disini mesej yang di Facebook : 




Mereka menggunakan ayat yang berbelit-belit/formal supaya kita-kita ni terpedaya dengan mengikut apa yang disuruh.  Ia akan redirect pengguna ke http://shortlink.tk/gh/accountconfirm untuk pengesahan.

*Jika pengguna FB click pada link diatas, mereka akan dibawa ke page ni:


Jika anda click 'Continue', ia akan ke page:


Secara mata kasarnya bagi admin la kan, Step2 ini didesign untuk mengambil kesemua maklumat login FB anda.  Memang lengkap la dorang nak dapatkan korang punya email dan password, siap dengan negara mana lagi korang duduk.

Kalau anda click 'Confirm', akan keluar page yang terakhir:


Yaa! Anda telah berjaya bagi maklumat2 peribadi anda kepada scammer dengan sewenang-wenangnya! Mereka sudah boleh login ke account anda dan mencuri maklumat anda.  Dan, mereka (scammer) akan menghantar link tadi untuk mengumpan kawan-kawan FB anda yang lain.  Dan ini akan berjalan tanpa penghujung jika ada orang mengikuti step2 tadi!


SEBARKAN KEPADA RAKAN, FAMILY, AWEK, BOYFRIEND, SCANDAL, JIRAN, GURU, TUKANG KEBUN, BRADER KAT BAAZAR DAN YANG LAIN!


p/s : Tolong jangan click link yang mencurigakan kerana dengan setiap click, jangka hayat FB anda akan singkat. :p

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda mungkin meminati Artikel dari Mereka :


ShoutMix chat widget